Friday, September 30, 2011

Info: Pertunangan

Assalamualaikum...

Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan, anak lelaki akan memberitahu hajatnya untuk mengawini gadis pilihannya, dan seterusnya keluarga lelaki tersebut akan mengunjungi dan sekaligus melamar serta mengikat satu perjanjian yang dikenali sebagai pertunangan. Dan kebiasaanya, majlis pertunangan di adakan bagi proses mengenal kedua belah keluarga yang bersetuju menjodohkan anak mereka menjadi suami isteri. Di sini disertakan beberapa info berkaitan dengan tunang ataupun khitbah.

Tunang/khitbah...

Pertunangan bermaksud, suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pertunangan juga adalah proses permulaan bagi perkahwinan. Hikmah disebalik pertunangan ini juga adalah memberi peluang kepada kita semua untuk berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir atau batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.
 
Hukum...

Hukum bertunang ini adalah harus. Tetapi, Imam As-Syafie juga mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab" atau sunat.

Syarat...

Terdapat 2 syarat sah dalam proses pertunangan, iaitu :

1) Calon isteri adalah wanita yang boleh dikahwini.
2) Tidak meminang wanita-wanita yang telah dipinang oleh orang lain.

Melihat...

Semasa proses peminangan juga, disunatkan untuk melihat pasangan masing. Ini bertujuan, tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga nanti. Hadis Rasulullah saw berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang: 

“Daripada Abu Hurairah ra berkata, sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: “Adakah kamu telah melihatnya? Jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan.” (riwayat Tarmizi dan Nasai). Maksudnya, melihat dengan mengikat pertunangan.
Tempoh...

Tempoh pertunangan adalah mengikut kepada keselesaan kedua belah pihak, Islam tidak mengehadkan sesuatu tempoh bagi pertunangan. Di sini dapat kita perhatikan keindahan syariat Islam. 

Sekiranya Islam menetapkan sesuatu tempoh dan dalam tempoh tersebut perkahwinan tidak dapat dilangsungkan maka akan berdosalah kedua pasangan dan sesiapa yang terlibat. Sebab itulah tempoh pertunangan diserahkan kepada kebijaksanaan kedua belah pihak, dari pihak lelaki dan pihak perempuan untuk sepakat dengan satu tarikh bagi melangsungkan perkahwinan. 

Walaupun demikian tidak harus dilewatkan tanpa sebarang sebab munasabah.

Hantaran/Cincin...

Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa proses peminangan adalah bermaksud sebagai tanda ikatan pertunangan. Jika berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.

Sumber: darululumonline, halaqah, hafizude

Saya juga sedang belajar. Jika ada salah silap, mohon di izinkan untuk membetolkan salah saya. Semoga kita semua mendapat rahmatNya dalam apa yang kita usahakan. Insya'Allah.

Wasalam...

2 comments:

FARHANA said...

confuse..ko tunang dulu ke..ira yg tunang dulu?hehehehehe

gadiz meki said...

err..xtau nak ckp na..mne2 yg sempat dulu kot..hehe