Friday, September 30, 2011

Info: Pertunangan

Assalamualaikum...

Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan, anak lelaki akan memberitahu hajatnya untuk mengawini gadis pilihannya, dan seterusnya keluarga lelaki tersebut akan mengunjungi dan sekaligus melamar serta mengikat satu perjanjian yang dikenali sebagai pertunangan. Dan kebiasaanya, majlis pertunangan di adakan bagi proses mengenal kedua belah keluarga yang bersetuju menjodohkan anak mereka menjadi suami isteri. Di sini disertakan beberapa info berkaitan dengan tunang ataupun khitbah.

Tunang/khitbah...

Pertunangan bermaksud, suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pertunangan juga adalah proses permulaan bagi perkahwinan. Hikmah disebalik pertunangan ini juga adalah memberi peluang kepada kita semua untuk berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir atau batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.
 
Hukum...

Hukum bertunang ini adalah harus. Tetapi, Imam As-Syafie juga mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab" atau sunat.

Syarat...

Terdapat 2 syarat sah dalam proses pertunangan, iaitu :

1) Calon isteri adalah wanita yang boleh dikahwini.
2) Tidak meminang wanita-wanita yang telah dipinang oleh orang lain.

Melihat...

Semasa proses peminangan juga, disunatkan untuk melihat pasangan masing. Ini bertujuan, tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga nanti. Hadis Rasulullah saw berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang: 

“Daripada Abu Hurairah ra berkata, sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: “Adakah kamu telah melihatnya? Jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan.” (riwayat Tarmizi dan Nasai). Maksudnya, melihat dengan mengikat pertunangan.
Tempoh...

Tempoh pertunangan adalah mengikut kepada keselesaan kedua belah pihak, Islam tidak mengehadkan sesuatu tempoh bagi pertunangan. Di sini dapat kita perhatikan keindahan syariat Islam. 

Sekiranya Islam menetapkan sesuatu tempoh dan dalam tempoh tersebut perkahwinan tidak dapat dilangsungkan maka akan berdosalah kedua pasangan dan sesiapa yang terlibat. Sebab itulah tempoh pertunangan diserahkan kepada kebijaksanaan kedua belah pihak, dari pihak lelaki dan pihak perempuan untuk sepakat dengan satu tarikh bagi melangsungkan perkahwinan. 

Walaupun demikian tidak harus dilewatkan tanpa sebarang sebab munasabah.

Hantaran/Cincin...

Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa proses peminangan adalah bermaksud sebagai tanda ikatan pertunangan. Jika berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.

Sumber: darululumonline, halaqah, hafizude

Saya juga sedang belajar. Jika ada salah silap, mohon di izinkan untuk membetolkan salah saya. Semoga kita semua mendapat rahmatNya dalam apa yang kita usahakan. Insya'Allah.

Wasalam...

Thursday, September 29, 2011

memey oh memey..



Mintak dijauhkan la dari memakai pakaian pengantin sebegini rupe..udah le singkat, siap tutup-tutup muka pakai veil..sangat la tidak sesuai...ikut budaya pe gaknya..

Bukan sebab tak minat memey *memang tak minat pun*, tapi memang baju dia tak sesuai sesangat..tengok le bridesmaids dia gane..seksis amat..rasanya tak salah dilabuhkan baju tu..walaupun ditaja sepenuhnya, pasangan pengantin ni patut bersuara menyatakan ketidaksesuaian...emmmmm

Wednesday, September 28, 2011

e-day checklists: Guys

Persiapan belah lelaki lak

Majlis
Wakil perbincangan - jwtn belum di isi lagi...

Hantaran
Sirih junjung-TBC
Cincin -TBC
Sepersalinan perempuan - kain ela-TBC
Coklat-TBC
Cakes-TBC

Persiapan
Baju - TBC
Tema -TBC

Di permudahkan cerita, disebabkan oleh sebab2 tertentu, semua still TBC lagi. Untuk lelaki simple je kot... duk diam tgk org tua bercakap je. baju pakai y simple janji sopan. erm.. kawan2, ader lagi x y perlu dtambah? hmmm...

semoga semuanya berjalan dengan lancar... amin..

e-day checklists: Gurls

Persiapan belah perempuan

Majlis
Tarikh - To Be Confirmed (TBC)
Masa - TBC
Tempat - Pontian
Wakil perbincangan - Bapak sedara sebelah2 umah je la kot..huhu
Jamuan menu - TBC
Door gift -TBC

Hantaran
Sirih junjung
Sepersalinan lelaki - kain ela
Samping
Coklat
Buah
Cookies
Cup cakes

Persiapan
Baju - TBC
Makeup - tak make up kot, touch up sikit2 je
Photographer - TBC 
Tema -TBC

Rasanya tak ade yg tertinggal, daku memang mau buat yg simple sangat2..makeup takde takpe, sendiri makeup..mr.bie tak gemar daku conteng muka lebih2 bfore w-day..yg penting photographer nak kena ada..sebab, takdenye masa tu, rajin dan sempat nak pegang kamera sgt..
So, photographer kena ada, gambar la buat kenangan di kemudian hari nnti..hehe

Hantaran pun simple, hanya bagi basic..nikah nanti baru bawak kelengkapan diri yg lain2..

First time nak tunang ni..so, kene plan slow2..huhu

Tuesday, September 27, 2011

pelamin bulat-bulat..


Oh..tiba-tiba rasa design pelamin ni sangat cantik..

Dan sememangnya sangat cantik..design 3 panel, tp kecik skit dari model-model yg pernah nampak sebelum nie

Pelamin yg kat bawah ni macam memerlukan space yg besar je..



mr.bie suke warna biru..rasanya pelamin kat bawah ni terpilih tak..huhu



Tapi aku sangat adore dengan design dan warna ni..cume warna bunga dia tak nak la campur-campur sangat..cukup 2 warna je..



Semua ni dapat dari sini..wedding planner..

Boleh tahan la semua design dia..dan yg paling penting..butik dia di johor, senang skit nnti..=)



P/S: Rasa-rasanya muat tak umah daku di pontian nanti dengan design ni..

Monday, September 26, 2011

planning book


InsyaAllah buku ni akan digunakan untuk mencatat segala2 plan utk e-day dan w-day kami nnti..=)



P/S: tiba-tiba suka warna biru..hehe

Saturday, September 24, 2011

simple hantaran


As-Salam...

First time nk buat entry utk blog baru ni..entry yg sebelum ni pun mr.bie yg buat..i cume tukang amik gambar cincin kami then edit kt picnik

Tadi sementara nk tunggu maghrib, tangan duk la gatal nak google contoh-contoh hantaran yg sedia ada..

Dan tiba-tiba terberkenan yg ni.. sangat simple dan nice..nampak pun macam senang nak buat..main cucuk-cucuk je..hehe


Yang ni pun sama..simple sangat..tp nice sesangat..



Dan tiba-tiba bole minat gabungan warna-warna ni..


Purple + pink..nampak menarik sangat..i like..


Source: mr.google


Friday, September 23, 2011

Journey To Be As One


As our dreams to be as one, this blog was created as our diary mainly about the preparations for the e-day and w-day. Hope we might share some interest here.