Monday, October 31, 2011

..Jubah Nikah..





Alhamdulillah..jumaat lepas, jubah yg dipesan sebelum ni selamat sampai ke UiTM Penang..memang sengaja guna alamat UiTM, diyakin keselamatannye..hehe..kalo sampai umah, sape nk berkejor amik kat umah pulak kn..

Jubah tu memang memuaskan hati, tp tetap memerlukan sedikit ubah suai..=)


Thursday, October 27, 2011

Wedding Photographer...


Artikel ni ai amik kat OneChannel Photography...dia ni bekas classmate masa sek teknik dulu...

Gambar-gambar pun cantek..nice..i like..tp takleh nak book dulu sebab tak conform ape-ape lagi...=)




KENAPA WEDDING PHOTOGRAPHER CAJ MAHAL?
ada beberapa sahabat pernah bertanya aku sebelum ni. kenapa caj wedding mahal sangat? kali ni aku nak jelaskan kepda orang2 mungkin yang tak berapa nak tau..
benda ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku semata-mata. Ia mungkin berbeza bagi setiap photographer. Ia juga mungkin apply pada sesetengah photographer dan tidak pada yang lain :) jadi kenapa ye harga wedding photographer agak mahal?

1.KOS TETAP : Perkara paling asas ialah kos untuk membeli peralatan kamera. Kalau photographer tu serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Walaupun ramai yang cakap “Alaa kamera tak penting, tapi orang belakang kamera lebih penting“, kenyataan tu sebenarnya sesuai kepada beginner atau hobbyist. Peralatan member photographer aku kebanyakkannya dalam lingkungan RM15,000 hingga RM50,000. Itu belum kos beli komputer high-end, back-up storage, beg, kos selenggara dan sebagainya.

2.KOS MASA BEKERJA : Bagi aku ni merupakan perkara paling penting. Kalau majlis bersanding hingga outdoor ia dah meliputi lebih 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk sekiranya shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). Kalau photographer part time mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit dan rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 1 atau 2 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja dari pagi sampai petang. Hujung minggu tak boleh buat editing sebab ada job lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga korang?

3.KOS ALBUM : Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.

4.KOS PROFESSIONAL: Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia juga penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran kendalikan kamera, kemahiran editing, pengalaman dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama, haha. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki. Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa?

Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album. Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar wedding photography. Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis. Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? Aku harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni. Wallahua’lam.



Kesimpulan...bayaran beribu-ribu utk gambar masa wedding adalah berpatutan..so ai akan kurangkan komplen-komplen pasni..pejam mata je bayo nanti..hehe


Friday, October 14, 2011

latest update...


Alhamdulillah...pengurusan beli jubah sudah settle..kalau jubah sempat tiba dan semuanya ok fit muat-muat kat badan, jubah tu bole guna buat hantaran, takyah la daku cari dummy kain ela warna putih..hehe

Dulang hantaran pun setakat ni alhamdulillah dapat 5 bekas, ihsan dari kak zue..tinggal cari atau sewa lg 7 bekas shj..

Plan pertunangan ni 5 berbalas 7 shj..nak barang grand-grand, tunggu nikah nanti..

Sekarang ni tengah fokus pencarian photographer pulak..setakat ni dapat semua yg mahal-mahal..RM1000 ada, RM599, RM600..auwww...giler, sape nak bayar mahal gitu, kalau aku buat majlis grand bagai logik gak nak amik kn..ni simple sesangat..tak sesuwai tau..

Cincin pulak..still dlm pencarian..plan asal sudah bertukar..tengok persetujuan terakhir camne pulak nanti...=)

Setelah bertarikh 20-10-2010..InsyaAllah, akan ada keputusan muktamad..ada apa pada tarikh tu??...hehe

Wednesday, October 12, 2011

jubah putih moden



Akhirnye hajat bertemu jubah putih idaman hati kesampaian..

Daku memang mau yg simple-simple camni je..nanti kalo nak over skit masa majlis, alter la sndri..hehe

Yg ni dapat nk fb ni...YuszainiCollection Nana

Harga pun still dalam bajet lg...=)



Monday, October 10, 2011

dulang hantaran


Saye sedang mencari dulang hantara utk disewa..

Kalau beli sendiri, macam tak berbaloi je coz daku la the only one dlm family tak kawen lg, nk tunggu anak sedara bertahun-tahun lamanya lg, diorg nak kawen pun ntah2 design lain dh kuar..huhu

Hajat hati nak cari design simple-simple camni je..



Ni pun nice..berbunga-bunga chenta lagi..



Warna yg ni lawo..macam putih gading je..



Tapi yang ni paling berkenan...Cinderella Carriage.. 



Sekarang ni tengah gigih google and searching kedai-kedai yg bole sewa dulang hantaran..=)

Thursday, October 6, 2011

A tu Z Wedding House Seberang Jaya


Semalam lepas jaga exam pagi, daku ngn mr.bie plan nak g A tu Z Wedding House kat Seberang Jaya..mula-mula tu jenuh gak la cari..berpusing-pusing, siap mesej ira lg tanya..silap sendiri gak tak google sebelum g..

Tapi berkat kesabaran, akhirnye jumpe...=)





Tempat ni besaq gak..macam gudang..siap ade cafe lagi kat sebelah pintu masuk..rasanye kat sini, kedai ni paling top kot..tapi kalo de kat shah alam la ni, daku sanggup pecut ke nilai 3..hehehe

Kedai ni ade 2 tingkat, bahagian bawah barang-barang, tingkat atas utk baju-baju pengantin..

Beza pekerja yg jaga atas ngn bawah??

Pekerja-pekerja yg jaga bahagian bawah walaupun pompuan, kasar bangat..tapi pekerja yg jaga tingkat atas walaupon lelaki, lembut bangat u..camne tuh..hehe

Harga utk kedai ni tak reti nk komen, sebab tak pernah survey kedai pengantin yg lain..ada gak jual dulang-dulang hantaran yg dah siap dihias, tinggal masuk barang je..harga dlm RM45-80 sedulang

Khidmat utk gubahan hantaran pun ada, dalam RM20 sedulang jika guna barang sendiri..

Antara barang-barang lain utk persediaan org nak kahwin banyak le, tak ter'sebut' kat sini..=)

So..kesimpulan selepas g kedai ni, kepala bertambah pening fikir pasal dulang hantaran..huhu